Assalamualaikum
Sungguh lama tak jenguk sini.. maklum lah dah ada fanpage di facebook membuatkan kami terlupa akan blog kecuali tiba masa nak guna resepi2 yang dah dimasukkan di sini.
Ingat nak tutup je blog ni tapi memandangkan ia menjadi rujukan pengunjung tersendiri w/pun sedikit cuma maka saya batalkan niat tersebut.
Namun saya tak pasti mungkin hasrat menutup blog ni suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.
Tadi mar dah kongsikan sedikit sebanyak tempahan2 dari pelanggan kami sepanjang bulan January 2013 di mars-noona.blogspot.
Setiap minggu.. tempahan untuk nasi kerabu bunga telang kami sudah menjadi kemestian.
ini antara tempahan dr Linda.. siap bawa bekas dari rumah untuk diisi set nasi kerabu.. senang katanya.
Linda memang tak ketinggalan selit order setiap kali kami buat nasi kerabu.. memang tak missed.
InsyaAllah selepas bulan March nanti.. nasi kerabu kami akan berada dipasaran warung/kedai makan berdekatan rumah kami di Usj14 paling minima untuk 3 hari seminggu.
ini pula krimpaf durian.. ada permintaan dari pelanggan untuk krimpaf inti kastard durian ini.
alhamdulillah.. ramai juga yang suka krimpaf ini walaupun pada kami agak memuakkan.
Namun sekarang musim durian dah berlalu.. maka tak dapatlah nak tunai hasrat peminat2 krimpaf durian ni begitu juga untuk crepe durian.
Walaupun Durian Crepe dah tak dapat buat disebabkan durian dah takde namun lain2 crepe masih mendapat sambutan.
Antara yang paling tertinggi ratingnya selepas Durian Crepe ialah mango Crepe & Strawberry Crepe.
Cikgu cikgi di Sekolah Seksyen 7, Kota Damansara sangat sukakan MC & SC ni... dah 2 kali repeat order.
Terima kasih daun keladi kepada semua pelanggan kami.
Diharap tak serik order dengan kami lagi.


