sila klik..muffnang

Thursday, October 14, 2010

RESEPI KRIMPAF/CREAM PUFF

Assalamualaikum
Dah tayang krimpaf so nak share resepinya kat sini.
Ada beberapa resepi krimpaf yg dah saya cuba, malahan saya pernah ke kelas demo di BWY Puchong. Resepi yg diajar Mr.Hau di BWY pun sedap sebenarnya tp sekali buat banyak sgt.. dapat 90 biji/adunan. Jadi saya cari resepi yg mudah dlm kuantiti yg sederhana & senang anak2 membuatnya.
Saya jumpa resepi ni setahun lalu dr Madiha yg diambil dari Encik Mat Gebu katanya. Terima kasih kpd penyumbang resepi & kedua2 blogger yg famous ni.. sudi share resepi yg sgt mudah ini. Cuma saya tak letak resepi kastardnya krn bagi anak2 saya.. muak katanya. Saya letak resepi saya sendiri.. kiranya 1 adunan tu hampir cukup dgn 1 adunan pastrinya.
Pada sesape yg nak resepi kastard dr sumber asal, sila klik di Madiha kat atas tu.

CREAM PUFF / KRIM PAF Sumber : Chef Alex Goh
Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 gm tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A


Cara membuatnya

1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

*nota: bagi yg tak ada piping bag, boleh guna sudu shj.. sudukan sebesar yg anda ingini*
KRIM KASTARD
Untuk kastardnya saya adjust sendiri setelah bereksperimen dgn berbagai resepi inti kastard dr majalah, internet maupun kawan2 berdasarkan komen suami, anak2 & customer.. so yg ni paling best.. kata mereka.

Bahan2 utk Krim Kastard:
¼ cwn tepung gandum
¼ cwn tepung custard
¼ cwn tepung jagung
1/3 cwn penuh gula - mumbung, kalau nak lebih manis, tambah lg
¼ sudu kecil garam
300 ml susu segar - boleh tambah lagi sekiranya nak lebih lemak
300 ml air - sekiranya tambah susu, kurangkan air sebanyak sukatan susu tambahan
1 biji telur A
½ sudu kecil esen vanila
1 sudu besar mentega - optional utk nampak berkilat.

note: saya guna measurement cup utk menyukat semua bahan di atas
Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 (1-5) dgn 7 sudu besar dari 300 ml susu, kacau rata menggunakan whisker. Pecahkan telur, kacau sebati diikuti lebihan susu, esen vanila dan juga air, kacau rata. Cara ini mengelakkan ia berbiji & ia halus tanpa perlu menapisnya.
2. Masak dengan api yg perlahan sambil dikacau sentiasa sehingga kastard nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau lagi sampai rata.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
nota: Bagi yg tak ada piping bag, boleh guna sudu shj.. sudukan krim kastard ke dlm pastry yg dibelah. Untuk inti kastard, air/susu perlu ditambah lg sekiranya adunan terlalu pekat ketika hampir masak kerana kepekatannya bergantung pd jenis/brand kesemua tepung yg kita gunakan. 




Contoh cara2 mengisi inti krim kastard ke dalam Krimpaf:
saya guna nozle no.4MM


1) Gunting sedikit sj di bhgian bwh pastry
& paipkan kastard ke dlmnya sehingga penuh.
Lebih se
lamat dr meleleh & melekit. Boleh


susun bertindih dlm bekas.







Kalau tanpa nozle pun still boleh paipkan jg sebenarnya.



2) Potong di bhgian tengah sisi pastry & paipkan

kastard ke dalamnya sehingga penuh. Boleh


jg guna sudu kecil.

Ia menampakkan inti yg menyelerakan tp sedikit



melekit bila terkena tangan & rumit utk susun bertindih dlm bekas.



yg ni saya guna nozle no.852 utk paipkan intinya. Tanpa nozle pun takpe cuma tak ada corak sj.
Pastrinya sebelum masak bersize 5 cm & dapat lbh kurang 35 biji/adunan.

post mortem pastry yg telah diisi inti krim kastard.
yg nampak meleleh tu pastri yg dibelah sisinya utk diisi kastard.
yg sebelahnya.. nampak kemas sbb inti dipaipkan dr lubang dibawahnya.

ok selamat mencuba

Kalau terasa susah atau tak sempat nak membuatnya tapi terliur nak makan gak... boleh tempah dari kami ya.
sila call/sms saya : 0173138441(noni)

No comments:

Post a Comment