sila klik..muffnang

Saturday, February 12, 2011

SAKIT BELAKANG... usah dipandang ringan.

Bismillaahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum
Kali ini saya nak share sedikit info berkaitan sakit belakang. Sakit belakang jangan dipandang ringan sebab ia boleh membawa lebih mudarat jika tidak diberi perhatian. Tulang belakang manusia umpama akar tunjang bagi sepohon pokok atau tiang seri kepada sebuah rumah. Maka sekiranya ada mana2 kerosakan atau kecederaan pada sebahagian darinya walaupun kecil.. akan mendatangkan mudarat kepada lain2 sistem dalam badan dengan izin Allah.

Asalnya saya begitulah.. anggap ia remeh saja, tapi setelah saya alami sakit belakang sehingga tidak boleh duduk lama, mudah kebas terutama kaki sebelah kanan ketika berdiri atau duduk lama, sakit belakang bila atas kenderaan lama2 & bila memandu van kami yg jenis manual walaupun sekejap.. sakitnya menjadi2 sehingga kekadang tak boleh turun dari van & sakit sebelah kaki kanan ketika berjalan. Begitu juga ketika tidur.. sekiranya tersilap cara berbaring atau tidur atas tilam yang lembut tanpa spring(ini berlaku ketika balik kampung), esok pagi terasa susah & sakit ketika berdiri. Kalau gi shopping atau bawa anak2 jalan.. saya tak boleh bawa hand bag lama2 kerana bahu terasa sakit sangat.. terpaksa ada assistant yang tukang bawa ..he he sape lagi.. encik suami kita le atau anak2.

Saya ni pula jenis liat untuk ke hospital. Saya dapat tahu kemungkinan saya kena 'slip disc' apabila saya bertanya tentang simptom2 yg saya alami kpd seorang kawan yg merupakan salah seorang doktor pakar sakit puan di hospital Serdang yang juga telah menjalani 3 kali pembedahan terhadap masalah slip disc yang dia sendiri tanggung semenjak beberapa tahun lepas. Mengikut beliau pembedahan yang dia jalani sebanyak 3 kali itu tidak menghilangkan masalah kesakitan yang beliau tanggung sepenuhnya & tiada pembedahan lagi yg boleh dilakukan ke atasnya selepas ini sekiranya slip disc itu berulang lagi. Bermula dari situ rajin le saya ikhtiar cucuk(acupuncture) diri sendiri maksimum 3 jam sehari & sekurang2nya 1 jam sehari serta buat senaman ringan. Nak joging memang dah tak boleh.. setakat walking ajelah tu pun tak boleh lama2 sgt. Alhamdulillah setelah ambil masa lbh kurang 3 bulan sakit belakang saya boleh dikatakan 90% dah ok. Semuanya dengan izin Allah jua. Namun begitu saya tetap kena jaga aktiviti saya seharian.. tak boleh suka2 hati mengangkat barang, kena ikut posisi & cara yang betul. Cara duduk juga kena jaga bekerja juga kena jaga.

Semenjak saya sakit belakang ini, saya kurang mengambil tempahan terhadap produk makanan kami. Anak2 sahaja yg masih meneruskan projek karipap frozen kami & menerima tempahan yg sgt minima. Saya juga terpaksa berpantang pergerakan yang aktif, angkat barang2 yang berat & aktiviti lasak. Sejak itu saya & suami galakkan anak2 untuk bertukar profesion kepada menolong orang sakit dengan belajar acupuncture pula. Bila anak2 jatuh sakit.. kita ada untuk menguruskan segala urusan rumah. Tapi bila mak jatuh sakit.. humm faham2 je la.

Pada sesiapa yang mengalami sakit belakang itu eloklah segera pergi buat medical check up untuk mengetahui punca masalah & cubalah cari ikhtiar yang sebaiknya untuk merawatnya.

Saya bukan pakar.
Info ini kebanyakannya saya kutip dari berbagai link... Terima Kasih kepada semua empunya info tersebut. Semoga sedikit sebanyak memberi menafaat kepada kita semua.


PENGENALAN
Sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderung mengalami kesakitan atau kecederaan. Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi
bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.

TANDA-TANDA
Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang.

SEBAB-SEBAB
Kecederaan otot, seperti:Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.
  • Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang salah mengangkat barang berat.
  • Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.
Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.
Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
  • Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
  • Mengamalkan postur ( posisi badan ) yang baik.
  • Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
  • Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
  • Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya. Masaj bahagian yang sakit dengan minyak , krim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
  • Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
  • Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
  • Selalulah bersenam dengan senaman ringan.
  • Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infra red, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
  • Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
  • Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk , kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
  • Panggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan oleh terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.
PETUA MENCEGAH
  • Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
  • Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
  • Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
  • Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
  • Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
  • Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
  • Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
  • Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.
APA ITU SLIP DISC?
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc kerana bagi sesetengah pakar, isitilah 'slip' itu tidak sesuai. Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja.

Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah.

Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan ka
ki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan. Saya kira cukup sekadar itu untuk teorinya.

TANDA2 SLIP DISC (TULANG BELAKANG)
Anda akan merasa sakit seperti mencucuk di belakang atau leher hingga ke tangan dan kaki.Sakit belakang(slip disc) merupakan satu masalah kesihatan yang mempengaruhi semua pergerakan seharian anda. Di sini ada beberapa tanda pengidap masalah sakit belakang.
  • Kesakitan apabila berlaku ketegangan otot.
  • Tangan dan kaki selalu kebas dan rasa menyucuk.
  • Berasa lebih selesa apabila beralih ke posisi yang lain semasa duduk. (kerap beralih posisi)
  • Merasa sakit pada satu bahagian atau posisi tubuh sahaja.
  • Anda akan merasakan kesakitan yang “extreme” dari kesakitan belakang atau leher.
  • Kurang bermaya.
  • Kadang-kadang, anda mungkin berasa gatal-gatal(kesemutan) di sekitar alat kelamin.
  • Berasa sakit apabila bersin, batuk, berjalan dan lain-lain
Berbagai masalah lain akibat slip disc dari beberapa orang yg saya temui yang telah disahkan oleh doktor setelah membuat RMI:- sebelah mata semakin sepet & berkelip tak sekata- sesak nafas bila buat aktiviti yg ringan dalam rumah seperti menyapu, muka sentiasa pucat & dia langsung tak keluar berjalan2 atau bersiar2 kerana cepat sesak nafas semenjak kena slip disc.
- Collapse & koma bila slip disc yg teruk berlaku di bahagian atas tulang belakang(dekat leher) biasanya akibat jatuh & kemalangan.Berbagai kaedah rawatan boleh digunakan dalam merawat sakit belakang:
  • Kaedah Perubatan Allopathy - kebiasaannya dengan ubat2an tahan sakit, fisioterapi, pembedahan dll.
  • Kaedah Kiropraktik - Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya "Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut"
  • Acupuncture - kaedah dgn meletakkan jarum pada point2 tertentu bagi membetulkan tenaga yg dikenali sebagai QI(CHI) yg terdiri dr Yin(negatif) & Yang(positif) yang tidak seimbang setelah dikenal pasti dgn merasai 12 nadi dikedua2 belah pergelangan tangan oleh acupuncturist. Kaedah ini tak dapat untuk diterangkan secara sintifik.
  • Kaedah Urutan Refleksologi - kaedah pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.mengurut tapak kaki & tapak tangan.
  • Homeopathy
  • lain-lain.
Saya petik dari satu blog akan kata2 yg lebih kurang begini:
"Ramai orang mempunyai masalah, setiap orang merasakan masalah sendiri lebih besar dari orang lain. Ramai orang juga akan merasakan orang lain tidak memahami masalah yang dia hadapi"

~ APA2 PUN MASALAH AKAN DAPAT DIATASI DENGAN IZIN ALLAH JUA. YANG PENTING KITA PERLU POSITIF, SABAR & REDHA SEGALA KETENTUANNYA. BERIKHTIAR DENGAN SUNGGUH2 TANPA BERPUTUS ASA KEPADA DIA YANG MAHA ESA, MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~


~SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI TUA DAN MATI~


~MOHON PETUNJUKNYA DENGAN ISTIKHARAH KEMUDIAN JALANKAN IKHTIAR MELALUI PETUNJUK YG TELAH DIBERIKANNYA TANPA PUTUS ASA DIIRINGI SOLAT, BACAAN QURAN, SELAWAT & DOA SERTA ZIKIR. SENTIASA BERSYUKUR & REDHA ATAS SEGALA KEPUTUSANNYA~


~DARI DIA KITA DATANG & KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI~


~ORANG YANG GIGIH SHJ YG AKAN MENDAPAT HASILNYA. TAK KIRA HASIL ITU WALAUPUN SEKELUMIT JUA SEMESTINYA DISYUKURI & DIHARGAI~


selamat berusaha.


No comments:

Post a Comment