sila klik..muffnang

Tuesday, March 22, 2011

NASI KERABU

Assalamualaikum.
Kali ni nak share resepi nasi yg famous di Kelantan... kegemaran ramai ni cuma cara buatnya remeh sikit pd yg tak biasa buat. Bila dah biasa.. tak ada susah mana pun. Nasi kerabu ni kami anak beranak gotong royong sama2 buat sebulan yg lepas.

Alang2 dah buat saya terus buat 2 jenis nasi kerabu.. yg biru utk makan sekeluarga manakala yg kuning dlm kuantiti yg banyak utk ramai, jamu untuk kelas. Nasi putih atau kuning selalu dimakan bersama dgn sambal tumis manakala nasi biru pula dimakan dgn air lada, tak perlu sambal tumis...yg ni biasa dijual di gerai2 pagi di Kelantan sbb prosesnya lebih senang & murah sikit.

Buat nasi kerabu ni leceh sikit sebenarnya sebab kena ambil masa untuk macam2 proses spt kena sangai kelapa, masak sambal tumis yg kena masak lama, potong ulam apatah lagi kat sini bukan macam kat kampung... boleh petik yg fresh kat belakang rumah je. Sebab tu la saya buat nasi kerabu ni boleh dikatakan setahun 2 atau 3 kali je & bila buat terus buat banyak utk share dgn jiran tetangga & sedara kat sini. Lagipun bila kami balik KB selalu beli je untuk sarapan pagi.

Lagi satu kalau nak sertakan pula dgn lauk pauk tambahan seperti solok lada, ayam/ikan percik, daging/ayam bakar lg banyak kerjanya tu. Bila tanya suami & anak2 nak lauk apa.. so mereka hanya minta ayam goreng je. Ingat memang nak buat ikan goreng celup tepung sekali tapi tak ada ikan selayang atau kembung kecil yg fresh so gantilah dgn keropok & telur masin je. Bagi saya ikan selayang(lbh dikenali ikan sardin kat sini) atau kembung sederhana yg segar lbh sedap berbanding ikan yg besar.

Mari kita tengok resepinya..

request anak2 nak makan dlm talam.. sedap berebut makan ramai2
NASI KERABU
Bahan2:
4 pot beras - (anak ke-2 saya basuh 16 pot utk nasi kuning & 5 pot utk nasi biru)
4 pot air - boleh tambah sekiranya beras anda jenis keras
1/2 cawan santan pekat – nasi lbh lembut & gebu
Sedikit garam – nasi terasa lbh sedap
2 helai daun pandan
1 batang serai dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun lengkuas, daun kunyit & daun halia – optional.. kalau ada lg wangi.
~ Kali ni tak dpt boh daun lengkuas & halia sbb pokok kat umah ni dah mati. Suami ikhtiar gak gi kedai, serata rumah jiran tp tak ada gak.. takpelah tak ada rezeki kami nampaknya ~
Cara:
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama bahan2 di atas.
Kacau sekali semasa air mendidih & sekali lagi ketika nasi hampir kering.
InsyaAllah masa ni harum baunya memenuhi seluruh ruang rumah.

nasi kerabu kuning
Utk warna kuning:
kunyit hidup secukupnya ditumbuk lumat diperah dgn 1 pot dr sukatan air di atas
nasi kerabu biru

Utk warna biru:
Bunga telang secukupnya diramas hancur dlm 1 pot dr sukatan air diatas. Saya tambah sedikit pewarna biru tadi sbb bunga terlalu sedikit so warnanya tak cukup biru. Sesetengah orang guna daun mengkudu tp yg ni saya tak pernah cuba.

SAMBAL TUMIS
khusus utk nasi kerabu putih/kuning

Bahan2:
1 biji parutan kelapa diperah, ambil santan anggaran 3 cawan
8 biji cili kering atau secukup pedas yg diingini*
10 biji bawang merah* - byk lbh sedap
2 biji bawang putih*
2 hiris halia*
2 batang serai, dititik
menisan/gula merah secukup rasa
air asam jawa secukup rasa

Cara :
Bahan2 bertanda * ditumbuk/mesin lumat & halus. Saya biasa tumbuk/mesin bersama sebatang serai & sebatang lg diketuk ke dlm adunan sbb rasa lebih sedap.
Didihkan santan dgn api kecil hingga pecah minyak dan pekat. Masukkan bahan-bahan tumbuk/mesin, serai, menisan/gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat. Sesuaikan rasa dan angkat.
~ Sambal tumis ni sedap dibuat sehari sebelum digunakan sbb semua rasa rempahnya lg sebati. Pastikan panaskan balik selepas 5-6 jam, ditakuti basi ~

SAMBAL KELAPA
utk hidangan ni.. saya guna 4 bj kelapa parut

Bahan:
½ biji kelapa parut putih yg tak berapa tua(kami panggil - nyiur kulit hidup) disangai garing – kpd yg suka sambal jenis halus, boleh tumbuk sekejap sj kasi hancur sedikit, kpd yg suka kasar dah x perlu tumbuk.
5 biji Bawang merah
½ inci Halia
1 btg serai
10-15 biji Lada hitam atau secukup rasa
sedikit menisan kalau ada - lbh sedap
garam & gula secukup rasa
sebiji bawang besar (yellow big onion) dibelah 4 & dimayang halus

Cara :Tumbuk lada hitam hingga halus, masukkan halia & bawang merah, tumbuk lumat. Campurkan kesemua bahan termasuk bawang besar yg dimayang & gaul rata. Rasakan masin manisnya sesedap rasa.
SAMBAL IKAN - bagi yg nak makan asing antara sambal kelapa & ikan.
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia
Cara :Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedikit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.
**saya terus campur kedua2 bahan iaitu isi ikan yg dracik dgn garfu ke dlm sambal kelapa yg dah siap & gaul rata**

ULAM-ULAMAN
anggar sendiri secukup hidangan

Daun Kesum
Pucuk Serai Kayu - yg ni pokok ada depan rumah.. suami saya tanam setahun lalu
Serai
Kacang Panjang
Bunga Kantan - belah dua & hiris halus
Pucuk Tenggek Burung
Timun Batang - saya sagat kasar je.
Taugeh dibuang ekornya
Kobis
Kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh & di gaul bersama kesemuanya.
~boleh juga guna ulaman lain seperti Pucuk Gajus, Pucuk Mata Ayam dll yg biasa dibuat ulam mentah~

AIR LADA
khusus untuk nasi kerabu biru

Cili Merah & hijau
Cili Api hijau & merah - org Kelantan panggil lada cengit
Cuka secukupnya - sampai sambal jadi berair
Garam & Gula secukup rasa
Kesemua bahan diblend bersama sampai hancur je
~ saya buat sambal tumis tak berapa pedas sbb anak2 tak leh makan pedas maka saya bubuh jg air lada masa hidang nasi kerabu tumis bagi yg suka makan pedas ~

BUDU MASAK
saya suka guna budu cara arwah mak saya ni sebab ia harum & sedap

Budu secukupnya
sedikit air
1 asam keping
menisan secukupnya
daun limau purut secukupnya
sebatang serai dititik
sehiris halia
Semuanya dimasak bersama samapi mendidih.

Cara Menghidang Nasi Kerabu:
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
  • Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, sambal tumis, budu diakhiri dengan ulam.
  • Nasi kerabu ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-pauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.


IKAN GORENG CELUP TEPUNG
saya letak jg resepi ni yg pernah saya buat sebelum ini
tapi utk hidangan kami hari tu saya tukar kpd ayam goreng..request suami & anak2.
Bahan:
5 ekor ikan dibersihkan dan tos - rendam ikan dlm air yg dicampur garam & asam jawa yg disebatikan sekurang2nya 1 jam kemudian toskan atau satu lg cara iaitu rebus sekejap dgn garam & asam keping kemudian toskan - kedua2 cara menyedapkan rasa isi ikan yg digoreng celup tepung tu nanti, cuma cara yg ke-2 lbh cepat & mudah.

Adunan Batter Celup Tepung:
Tepung Beras
Sedikit air kapur
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya.

Cara Menyediakannya: Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

AYAM GORENG

Ayam dipotong kecil sesuai utk goreng - saya guna 3 ekor
kunyit hidup
halia
serai
bwg putih
bwg merah
serbuk ketumbar
serbuk 2 jintan
garam
~ semuasnya secukup anggaran
~ semua bahan ini anak saya mesin dgn sedikit air & gaulkan pd ayam & perap selama 2 jam, kemudian goreng dlm minyak panas secukupnya ~


.. Saya bukannya pakar ..
~ ReSePi InI aDaLaH KoMbInAsI DaRi EkSpErImEn SaYa DaRi PeLbAgAi SuMbEr TeRuTaMa DaRi ArWah Mak & MeK ~


2 comments: