sila klik..muffnang

Thursday, August 19, 2010

Projek Acupuncture

Assalamualaikum

Foto copy dr Google Image.. thanks Mr. Google.

Sementelah kami tak berapa banyak projek masak2 krn rumah dlm proses renovation ni maka boleh lah kisahkan projek acupuncture kami yg sentiasa beroperasi seperti biasa bila ada sesiapa yg berhajat.
Sebelum Ramadhan bermula.. Abdullah & Kakak(Mar) selalu dipanggil oleh our sifu menggantikan beliau utk beri khidmat acupuncture ketika beliau & anak2 ada urusan di luar yg tak dapat dielakkan.
Abdullah jg dipinjam oleh Kak Na utk tolong beliau buat acupuncture di kampung suaminya Hj. Karim di Melaka kerana ramai sgt yg nak buat rawatan ni.

Alhamdulillah.. banyak kesan baik yg telah diperolehi oleh pelanggan2 Kak Na terutama makcik yg dah 2 tahun kena parkinson. Setelah menjalani 6 sesi/jam acupuncture, makcik tersebut dah boleh jalan setelah setahun berkerusi roda.. dah boleh hadiri kenduri kawin. Dari situlah ramai sedara mara & jiran2 makcik tu yg ada mcm2 masalah kesihatan nak acupuncture sama. Setiap hari Ahad utk 3 minggu berturut2 Kak Na berulang ke Melaka utk beri khidmat acupuncture. Ada yg nak acupuncture sehingga 6jam sehari sbb nak kesan baik yg cepat.

Kakak pula buat acupuncture utk pelanggan sifu yg sakit buah pinggan & slip disc di my sifu centre. Katanya Kak Seha yg dah 2 bulan tak datang acpuncture datang balik krn sakit balik. Dulu saya pernah jg acpuncture Puan Seha ni. Masa tu dia dah 10 sesi menjalani acupuncture dgn sifu dan katanya dari tak boleh sujud ketika solat.. sekarang dah boleh. Semenjak Puan Seha kena slip disc 3 bulan yg lalu, dia langsung tak keluar rumah sbb katanya sakit sgt bila banyak berjalan sehingga sesak nafas. Kerja rumah langsung tak boleh buat. Dia tak nak buat pembedahan sbgmana yg disyorkan oleh doktornya sbb tu dia cari alternatif lain dgn buat acupuncture setelah dia buat research kat tnet apakah rawatan alternatif plg baik utk masalah slip disc.

Acupuncture ni sgt baik kesannya utk penyakit2 berkaitan saraf. Cuma setiap pesakit mestilah sabar menjalani sesi2 yg disyorkan oleh perawat especially my sifu & sudah tentulah kami semua sbg muridnya. Syarat my sifu sgt ketat utk tengok pesakit pulih dgn baiknya.

My sifu tekankan supaya kami perawat dan pesakit ikut syarat2 ketat berdasarkan 15 tahun pengalamannya buat rawatan acupuncture kpd lebih 1000 orang dgn berbagai2 penyakit sbb sudah pasti semua inginkan kesan yg baik.
Kami perawat ni pun nak sgt tengok pesakit baik cepat.. tp semua tu rezeki yg Allah beri pd masing2 yg berikhtiar, berusaha bersungguh2 serta bertawakkal. Ada yg cepat dan ada jg yg lambat mendapat result yg diingini. Ia termasuk jg apa2 yg kena pantang serta jaga makan sebaik2nya.
Sebenarnya penjagaan kesihatan ni kena dr awal lg.. jaga sebelum kena. Bukan bila jatuh sakit baru nak jaga.

Saya sendiri pun baru kena slip disc akibat dok angkat & tolak barang2 berat.. dah tua.. urat saraf dah kejanglah tu.. so takleh buat yg lasak2 mcm muda2 dulu nampaknya.
Slip disc ni bukan sj sakit kat pinggang atau tulang belakang tapi ia melarat ke anggota2 badan yg lain berdasarkan disc tulang belakang mana yg terkepit/slip. Sekiranya kena yg bahagian bawah, kesannya bawa ke kaki & hujung2 jari kaki(inilah yg saya kena). Sekiranya slip pd disc tulang belakang yg ke atas, sakitnya terasa pd anggota badan sebelah atas sehingga ke hujung jari tangan. Sakitnya terasa sehingga boleh sesak nafas(ini yg my sifu pernah kena 20 tahun yg lalu akibat kemalangan kereta).
Nampaknya saya kena buat 100 sesi/hari acupuncture utk diri sendiri. Sambil buat utk diri, buat jg utk hubby & anak2.

InsyaAllah lepas Raya nanti kami dah bersedia utk menerima pelanggan acupuncture di rumah kami sendiri pula. Renovation yg berlangsung skrg ni semata2 utk anak2 & pelanggan kami.
Saya akan updatekan syarat & jadual khidmat acupuncture di rumah kami di entry akan datang, InsyaAllah.

Pada sesiapa yg ingin mendapatkan khidmat acupuncture dari kami bolehlah call/sms saya: 017-3138441(noni)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.