Assalamualaikum
Atas permintaan sedara yg suka makan cheesetart ni.. so nak share resepinya yg kami pelajari dari Ae isteri Jaja sepupu K.Ni. Resepi asal dr buku The Joy of baking BWY.

BLUEBERRY CHEESETARTBahan A (tart shell):125 gm mentega60 gm gula kastor1 biji telur size B1 sudu kecil esen vanila250 gm tepung gandumCara membuatnya:Ada 3 cara utk mengadunnya. Boleh pilih salah satu yg berkenan.
1) Cara seperti buat biskut.2) Cara buat pastry: Campur tepung, gula & mentega, gaul dgn jari jemari jadi mcm serbuk roti dan masukkan telur serta esen vanila yg telah dikacau terlebih dahulu dgn garfu, adun sebati jadi doh.3) Cara mudah.. campur kesemua bahan & pukul sehingga menjadi doh & tak melekat di jari(guna heavy duty mixer). Jangan terlalu lama, cukup sebati sehingga jadi doh sj.- Rehatkan 10 minit. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart, jangan terlalu nipis nanti mudah pecah & jangan terlalu tebal sebab ditakuti masak tak sekata & tak sedap di makan. Kemaskan/scrap tepinya. Susun dalam tray & bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing2 . Sejukkan dahulu sebelum isi fillingnya.
Bahan B (untuk filling):250 gm keju krim60 gm gula ising20 gm mentega1 biji telur size BHiasan :Blueberry filling/jem.Boleh jg sekiranya inginkan perasa lain spt manggo, strawberry dllCara membuatnya:Campurkan kesemua bahan kecuali telur dan pukul sehingga sebati, licin & berkrim. Masukkan telur dan pukul sebati sj. Kemudian bolehlah sudukan dalam tart shell diikuti sedikit blueberry. Lorekkan sedikit dengan lidi untuk membentuk corak yang dikehendaki. Bakar dengan suhu 160°c selama 10-12 minit.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.