sila klik..muffnang

Sunday, November 14, 2010

RESEPI MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Hari minggu ni tentu ramai yg nak masak special utk keluarga ya.
Saya nak share resepi Makaroni Bakar style Cik Sah ibu saudara saya yg sedap ni. Inilah yg Rahatul kwn bakers tempah dlm en3 lps.
Bila tengok pada bahan.. kelihatan banyak tapi sebenarnya senang sj buatnya sbb ia diadun serentak semua sekali.



MAKARONI BAKAR(Melayustyle) sumber:CikSah-ibu saudara
1 lb + 1 cwn macaroni yg telah direbus - saya guna 250 gm yg belum dimasak.

Bahan A:
300 gm daging cincang
ditumis dengan 2 ulas bawang putih, ½ biji bawang besar, sepeket rempah kurma dan garam secukup rasa
(saya + lg sedikit bawang putih, guna 1 labu bwg besar & + sedikit rempah kari)

Bahan B:
3/4 cawan bawang goreng - saya suka goreng sendiri.. lg sedap & harum
3/4 cawan daun sup + daun bawang yg telah di potong kecil
1 tin cendawan butang dipotong kecil
1 cawan mix vegetable
10 biji telur size A
3 cawan santan dari ½ biji kelapa / susu rendah lemak
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
Garam secukupnya
Sebiji capsicum dihiris nipis untuk hiasan - saya potong kiub & campur dlm adunan

Cara membuatnya:
Gaul semua bahan dalam mixing bowl sehingga bergaul rata. Lengserkan kaserol pyrex paling besar dengan majerin dan tuangkan adunan dalam kaserol, taburkan capsicum diatasnya. Bakar dengan suhu 180°c cara stim bath sehingga masak. Tunggu sejuk sedikit baru potong. Makaroni bakar ni sedap dimakan dgn sos cili / tomato.

selamat mencuba.


Pada Atul.. nanti boleh buat sendiri dah kan..

Kalau terasa susah atau tak sempat nak membuatnya tapi terliur nak makan gak... boleh tempah dari kami ya.
sila call/sms saya : 0173138441(noni)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.